Daripada blog terbiar kaku, elok dimuat naik saja apa-apa gambar yang ada dalam stok. Gambar ini diambil lama dulu.. dengan Canon 400D, Lens Tamron 18-200mm dan menggunakan ND Filter kerana dedahan 30 saat. Lokasi menembak regular iaitu hujung Kampung Bukit Penjara.. tempat merenung alam di hujung lensa.. sebenarnya banyak lagi gambar di lokasi ini dalam suasana dan cahaya yang berbeza.. tapi masa yang menjadi musuh utama untuk aku memuat naik koleksi gambar-gambar tersebut.. Dalam banyak-banyak shoot, biasanya aku pilih sekeping dua untuk touch up dan masukkan dalam satu folder.. Kerja-kerja ini aku lakukan dalam lap top Dell Inspiron kerana processor Core i5 lebih mesra dan laju. Menulis dalam blog pula biasanya aku buat pada masa senggang di pejabat atau ketika sarat dengan kerja dan aku memerlukan masa pelarian bagi merehat minda. In Sha Allah.. jika ada masa kelak aku akan muat naik di sini untuk tatapan diri sendiri.. hehehe..
Merakam... untuk direnung, difikirkan dan disyukuri di sepanjang perjalanan dan pengembaraan hidup..
15 August 2013
22 May 2013
Sebelum Aku Terbang
Tengok rama-rama terbang memang cantik.. tetapi sebelum dia menjadi rama-rama sungguh menggelikan malah membahayakan.. kalau naik ke badan mahu tergaru-garu tak tentu arah.. naik biji merah-merah.. sesiapa yang pernah kena ulat bulu tahu bisa bulunya.. Kanak-kanak sekarang mungkin jarang kena macam kanak-kanak 30 tahun dulu yang selalu bermain di dalam belukar di celah dedaunan.. tindakan pertama si ibu bila si anak terkena ulat bulu ialah dengan menggeselkan rambutnya ke tempat yang berbintat merah.. mungkin petua untuk menghilangkan pedih gatal bisa ulat bulu..
Kedua-dua gambar di atas menggunakan reverse lens 50mm 1.8f, 1/100s, ISO : 100. Bukaan tak dapat dibaca kerana lens diterbalikkan. Ini adalah makro bajet rendah. tak perlu beli makro lens cuma beli adapter ring berharga RM30.
18 March 2013
Gugur Kebasahan
Lake Tekapo.. Gambar diambil semasa penghujung musim gugur tahun 2009. Berdiri di tebing tasik Tekapo bagaikan berada di bingkai gambar. Dikatakan bahawa kehadiran sejenis mineral (yang saya tidak begitu pasti namanya) di dalam tasik menjadikan airnya jernih kebiruan..
Siapa yang tidak terpaku melihat keindahan alam di sini..
01 March 2013
Penghujung Hidup
Ketika dia sedar, hari telahpun senja
dan dia hanya menunggu masa untuk rebah
Mungkin diratapi
kerna dia pernah memberi buah
memberi teduh
Mungkin disyukuri
kerna dia pernah menabur sampah
dari dedaunan gugur
Mungkin seorang lagi lelaki datang
dan mengeluh
.......
tiada tempat melacur papan iklan lori sewa
29 January 2013
Janda Baik (The Good Widow)
2.0s, f/22, 18mm, ISO:100
D' RIVER RESORT. Sebuah destinasi percutian suasana kampung yang menghargai kehijauan alam semulajadi. Dengan hanya 36km dari Kuala Lumpur ke lokasi D’River Resort serta 35 minit perjalanan, memisahkan anda jauh dari kesibukan ibukota. menjanjikan satu percutian yang lebih mendamaikan bersama rakan-rakan serta keluarga tersayang. Harga? Boleh tahan tak murah sangat berbanding dengan kemudahan yang ala kadar sahaja. Mungkin mahal sebab faktor alam semula jadi. Lihat di http://www.deriverresort.com.my/.
Asal Usul Janda Baik
Menurut cerita orang-orang tua, Kampung ini mula
diteroka pada tahun 1932 oleh tiga orang Haji yang berasal dari Kampung
Benus, Bentong Pahang. Mereka ialah Haji Deris, Haji Yasseh dan Haji
Kadir. Mereka bertiga ini membuka dan meneroka Kampung Janda Baik
setelah Kampung Benus yang didiami oleh mereka dilanda banjir besar,
dimana banjir tesebut melanda seluruh tanah air pada tahun 1926. Kampung
Janda Baik juga sudah didiami orang Asli dari suku Temuan. Mereka
menjalani kehidupan secara primitif.
Menurut cerita, nama Kg Janda Baik ini berasal dari kisah orang asli
yang mendiami Kampung ini. Sepasang suami isteri orang Asli yang
mendiami kawasan ini mengusahakan tanaman padi huma dilereng sebuah
bukit disini. Menjadi lumrah alam tumahtangga, terdapat sedikit
perselisihan faham yang terjadi kepada pasangan ini dan perselisihan ini
terjadi sebelum padi huma berbuah. Akibat dari perselisihan itu, mereka
membawa haluan masing-masing dan berpisah. Masa berlalu dan sampai
masanya padi huma ini berbuah dan boleh dituai hasilnya. Setelah
berkira-kira waktu yang cukup untuk padi dituai, pasangan ini dating
semula ke tempat mereka sama-sama mengushakan tanaman tersebut. Pasangan
ini bertemu semula di tempat yang dipanggil Pulau Santap. Setelah
bertemu, pasangan ini berbaik dan kembali menjadi suami isteri.
Mengambil sempena janda yang berbaik semula dengan suaminya, tempat ini dipanggil “Janda Baik”.
Nama tersebut kekal sehingga kini dan sangat terkenal dengan pelbagai
tempat menarik yang menarik pengunjung untuk berehat dan bersantai.
25 January 2013
Pagi
Apabila cahaya telah muncul di kali langit, sekurang-kurangnya kita telah pasti bahawa pagi itu cerah.. walaupun ia tidak menjanjikan apa-apa selepas itu kepada alam..
Begitulah dalam kehidupan, mengharapkan sinar cahaya ketika memulakan hari, setidak-tidaknya pagi disyukuri dalam hela nafas yang panjang..
1/20s, f20, 57mm, ISO:100
Mentari yang muncul itu lebih indah jika dilihat dari celah-celah dedaunan, kerna cahaya itu tidak bisa dilihat secara terus, agar kanta mata kita tidak disakiti.. cukuplah sekadar menyedari kehadirannya.. dan terus bersyukur dalam hela nafas yang panjang..
1/15s, f14, 18mm, ISO:100 |
03 January 2013
Jambatan Seri Gemilang, Putrajaya
Jambatan Seri Gemilang
Jambatan ini merupakan satu penghormatan kepada Tun Dr Mahathir bin Mohamad, di mana
beliau benar-benar tertarik dengan sebuah jambatan klasik di Paris, Perancis iaitu Pont Alexandre III. Pereka bentuknya telah menyahut cabaran untuk membina Jambatan Seri
Gemilang setanding sebagai ‘kembar’ yang menakjubkan kepada Jambatan Pont
Alexandre III. Jambatan ini menerapkan ciri-ciri seni bina Perancis dan
kemasannya yang halus sangat mempersonakan para pengunjung terutamanya
kepada perwakilan yang menghadiri berbagai persidangan di Pusat
Konvensyen Putrajaya.
Jambatan ini dibina pada tahun 1999
sehingga 2003, dengan panjang 240m dan lebar 35.1m.
Pada siang hari, pengunjung boleh bersiar-siar di bawah jambatan ini. Kami sendiri pernah membawa anak-anak berbasikal, berkelah di sekitar laluan bawah jambatan dan bermain di taman permainan yang berdekatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)