29 January 2013

Janda Baik (The Good Widow)

  2.0s, f/22, 18mm, ISO:100
D' RIVER RESORT. Sebuah destinasi percutian suasana kampung yang menghargai kehijauan alam semulajadi. Dengan hanya 36km dari Kuala Lumpur ke lokasi D’River Resort serta 35 minit perjalanan, memisahkan anda jauh dari kesibukan ibukota. menjanjikan satu percutian yang lebih mendamaikan bersama rakan-rakan serta keluarga tersayang. Harga? Boleh tahan tak murah sangat berbanding dengan kemudahan yang ala kadar sahaja. Mungkin mahal sebab faktor alam semula jadi. Lihat di http://www.deriverresort.com.my/.

Asal Usul Janda Baik

Menurut cerita orang-orang tua, Kampung ini mula diteroka pada tahun 1932 oleh tiga orang Haji yang berasal dari Kampung Benus, Bentong Pahang. Mereka ialah Haji Deris, Haji Yasseh dan Haji Kadir. Mereka bertiga ini membuka dan meneroka Kampung Janda Baik setelah Kampung Benus yang didiami oleh mereka dilanda banjir besar, dimana banjir tesebut melanda seluruh tanah air pada tahun 1926. Kampung Janda Baik juga sudah didiami orang Asli dari suku Temuan. Mereka menjalani kehidupan secara primitif.

Menurut cerita, nama Kg Janda Baik ini berasal dari kisah orang asli yang mendiami Kampung ini. Sepasang suami isteri orang Asli yang mendiami kawasan ini mengusahakan tanaman padi huma dilereng sebuah bukit disini. Menjadi lumrah alam tumahtangga, terdapat sedikit perselisihan faham yang terjadi kepada pasangan ini dan perselisihan ini terjadi sebelum padi huma berbuah. Akibat dari perselisihan itu, mereka membawa haluan masing-masing dan berpisah. Masa berlalu dan sampai masanya padi huma ini berbuah dan boleh dituai hasilnya. Setelah berkira-kira waktu yang cukup untuk padi dituai, pasangan ini dating semula ke tempat mereka sama-sama mengushakan tanaman tersebut. Pasangan ini bertemu semula di tempat yang dipanggil Pulau Santap. Setelah bertemu, pasangan ini berbaik dan kembali menjadi suami isteri.

Mengambil sempena janda yang berbaik semula dengan suaminya, tempat ini dipanggil “Janda Baik”. Nama tersebut kekal sehingga kini dan sangat terkenal dengan pelbagai tempat menarik yang menarik pengunjung untuk berehat dan bersantai. 


Apa-apa pun, Janda Baik adalah tempat terbaik untuk merehatkan minda dan berinteraksi dengan alam...

No comments:

Post a Comment