29 January 2013

Janda Baik (The Good Widow)

  2.0s, f/22, 18mm, ISO:100
D' RIVER RESORT. Sebuah destinasi percutian suasana kampung yang menghargai kehijauan alam semulajadi. Dengan hanya 36km dari Kuala Lumpur ke lokasi D’River Resort serta 35 minit perjalanan, memisahkan anda jauh dari kesibukan ibukota. menjanjikan satu percutian yang lebih mendamaikan bersama rakan-rakan serta keluarga tersayang. Harga? Boleh tahan tak murah sangat berbanding dengan kemudahan yang ala kadar sahaja. Mungkin mahal sebab faktor alam semula jadi. Lihat di http://www.deriverresort.com.my/.

Asal Usul Janda Baik

Menurut cerita orang-orang tua, Kampung ini mula diteroka pada tahun 1932 oleh tiga orang Haji yang berasal dari Kampung Benus, Bentong Pahang. Mereka ialah Haji Deris, Haji Yasseh dan Haji Kadir. Mereka bertiga ini membuka dan meneroka Kampung Janda Baik setelah Kampung Benus yang didiami oleh mereka dilanda banjir besar, dimana banjir tesebut melanda seluruh tanah air pada tahun 1926. Kampung Janda Baik juga sudah didiami orang Asli dari suku Temuan. Mereka menjalani kehidupan secara primitif.

Menurut cerita, nama Kg Janda Baik ini berasal dari kisah orang asli yang mendiami Kampung ini. Sepasang suami isteri orang Asli yang mendiami kawasan ini mengusahakan tanaman padi huma dilereng sebuah bukit disini. Menjadi lumrah alam tumahtangga, terdapat sedikit perselisihan faham yang terjadi kepada pasangan ini dan perselisihan ini terjadi sebelum padi huma berbuah. Akibat dari perselisihan itu, mereka membawa haluan masing-masing dan berpisah. Masa berlalu dan sampai masanya padi huma ini berbuah dan boleh dituai hasilnya. Setelah berkira-kira waktu yang cukup untuk padi dituai, pasangan ini dating semula ke tempat mereka sama-sama mengushakan tanaman tersebut. Pasangan ini bertemu semula di tempat yang dipanggil Pulau Santap. Setelah bertemu, pasangan ini berbaik dan kembali menjadi suami isteri.

Mengambil sempena janda yang berbaik semula dengan suaminya, tempat ini dipanggil “Janda Baik”. Nama tersebut kekal sehingga kini dan sangat terkenal dengan pelbagai tempat menarik yang menarik pengunjung untuk berehat dan bersantai. 


Apa-apa pun, Janda Baik adalah tempat terbaik untuk merehatkan minda dan berinteraksi dengan alam...

25 January 2013

Pagi

Apabila cahaya telah muncul di kali langit, sekurang-kurangnya kita telah pasti bahawa pagi itu cerah.. walaupun ia tidak menjanjikan apa-apa selepas itu kepada alam.. 

Begitulah dalam kehidupan, mengharapkan sinar cahaya ketika memulakan hari,  setidak-tidaknya pagi disyukuri dalam hela nafas yang panjang..

1/20s, f20, 57mm, ISO:100

 Mentari yang muncul itu lebih indah jika dilihat dari celah-celah dedaunan, kerna cahaya itu tidak bisa dilihat secara terus, agar kanta mata kita tidak disakiti.. cukuplah sekadar menyedari kehadirannya.. dan terus bersyukur dalam hela nafas yang panjang..

1/15s, f14, 18mm, ISO:100

 Jika ada titis-titis hujan yang turun mengiringi matahari, sedarlah ada monyet sedang bersanding..

03 January 2013

Jambatan Seri Gemilang, Putrajaya

   Jambatan Seri Gemilang

 Jambatan  ini merupakan satu penghormatan kepada  Tun Dr Mahathir bin Mohamad, di mana beliau benar-benar tertarik dengan sebuah jambatan klasik di Paris, Perancis iaitu Pont Alexandre III.   Pereka bentuknya telah menyahut cabaran untuk membina Jambatan Seri Gemilang setanding sebagai ‘kembar’ yang menakjubkan kepada Jambatan Pont Alexandre III. Jambatan ini menerapkan ciri-ciri seni bina Perancis dan kemasannya yang halus sangat mempersonakan para pengunjung terutamanya kepada perwakilan yang menghadiri berbagai persidangan di Pusat Konvensyen Putrajaya. 

Jambatan ini dibina  pada tahun 1999 sehingga 2003, dengan panjang 240m dan lebar 35.1m.

Pada siang hari, pengunjung boleh bersiar-siar di bawah jambatan ini. Kami sendiri pernah membawa anak-anak berbasikal, berkelah di sekitar laluan bawah jambatan dan bermain di taman permainan yang berdekatan.